Pendahuluan Teknologi Pendidikan Teknologi Maklumat Tugasan Sumber Latihan
Latihan ini boleh anda lakukan semasa minggu belajar. Harap anda dapat membuat latihan supaya memudahkan anda menghadapi peperiksaan.   Latihan Perbincangan: 1. Bincangkan bagaimana anda hendak merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan media pengajaran (instructional media). 2. Jelaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Jika anda hendak mengajar sesuatu tajuk dan berkehendakkan murid-murid menggunakan TMK dalam proses pembelajarannya, apakah cara atau pendekatan 'instructional' yang sesuai.  Bincangkan dan beri alasan yang bersesuaian. 4. Semasa anda membina bahan / media pengajaran dan pembelajaran, apakah perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian dan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada bahan/media tersebut. 5. Jelaskan dengan ringkas bagaimana anda dapat mengajar sesuatu subtopik mata pelajaran dengan mengintegrasikan aplikasi office dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda.  Buat perbandingan kekuatan dan kelemahan antara aplikasi-aplikasi office untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Dalam proses menghasilkan sesuatu objek pembelajaran atau pakej pembelajaran, anda akan menghasilkan pelbagai media atau objek bagi menghasilkan pakej tersebut.  Terangkan bagaimana anda mengabungkan objek-objek tersebut supaya menjadi satu pakej pembelajaran yang interaktif dan efektif untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Anda ingin mengintegrasikan penggunaan audio dan video dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Terangkan langkah-langkah anda menghasilkan audio, video dan seterusnya diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran pelajar anda. 8. Berdasarkan suatu topik pengajaran pilihan anda, cadangkan media pengajaran yang anda fikir sesuai dengan pelajar abad ke-21. Bincangkan daripada aspek perancangan, pemilihan, penghasilan dan penilaian media pengajaran.  Sertakan justifikasi berserta contoh yang sesuai.
Pembelajaran Kendiri
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Home Sumber Pautan Internet
                                                        KAD : 2014 @ IPGKTI                                                    
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad Mei 2014 @ IPGKTI  
Soalan Latihan
EDU 3053
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad update Jun 2015 @ IPGKTI