Pendahuluan Teknologi Pendidikan Teknologi Maklumat Tugasan Sumber Latihan
Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda. Aktiviti 2 : Terokai maklumat dan elemen-elemen penting yang terdapat pada pemproses perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan pangkalan data. Aktiviti 3 : Berbincang bersama rakan, kemudian bina jadual perbezaan antara empat aplikasi yang terdapat dalam “office”, seperti dalam aktiviti 2. Aktiviti 4 : Secara berpasangan, laksanakan aktiviti berikut:- [Ketua opsyen dikehendaki membahagikan tugasan berikut mengikut pasangan dengan sama banyak - misalnya pasangan 1 hingga 4 melaksanakan tugasan 1, pasangan 5 hingga 8 melaksanakan tugasan 2 dan seterusnya]. 1. Bina bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk brosur (berasaskan sesuatu topik matapelajaran tertentu), pastikan bahawa dalam brosur tersebut terdapat garfik dalam kedudukan yang sesuai. 2. Berdasarkan sesuatu topik matapelajaran - bina beberapa slaid (persembahan elektronik) yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seeloknya dalam slaid tersebut terdapat beberapa element multimedia yang bersesuaian. [Pastikan bahawa slaid anda mempunyai ciri-ciri atau kesan khas sesuatu persembahan elektronik yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.] 3. Dengan menggunakan hamparan elektronik, bina satu borang markah (bagi beberapa subjek) pelajar. Berdasarkan borang tersebut, proses markah-markah dengan menggunakan fungsi-fungsi tertentu dalam hamparan elektronik. 4. Dengan hamparan elektronik - bina soalan-soalan atau aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, supaya murid dapat menggunakan soalan-soalan tersebut sebagai latihan atau dapat belajar sesuatu sub- topik dengan menggunakan hamparan elektronik. 5. Dengan menggunakan pangkalan data, bina satu pangkalan data pelajar, yang menggandungi maklumat pelajar, markah peperiksaan (table), (rujuk aktiviti 4) pelajar. Kemudian dengan menggunakan Query lakukan proses supaya dapat menentukan gred bagi markah tersebut, jumlah markah dan peratus markah.
Pembelajaran Kendiri
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Home Sumber Pautan Internet
                                                        KAD : 2014 @ IPGKTI                                                    
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad Jun 2015 @ IPGKTI  
M10 : Office dalam P&P
EDU 3053
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad update Jun 2015 @ IPGKTI