Pendahuluan Teknologi Pendidikan Teknologi Maklumat Tugasan Sumber Latihan
Dalam kursus ini anda akan mengikuti beberapa aktiviti khusus. Antara aktiviti yang perlu anda ikuti atau lakukan ialah;   kuliah -- aktiviti-aktiviti penguasaan aspek-aspek teoritikal kandungan matapelajaran melalui pelbagai sesi persembahan, perbincangan dan juga penerangan/kuliah yang akan diberikan oleh pensyarah, dan   amali -- aktiviti menghasilkan sesuatu tugasan yang akan dilakukan melalui proses penerokaan dan pembinaan produk atau penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (termasuk dengan aktiviti ISL [independent self Learning]). Aktiviti tersebut akan dilakukan secara berseorangan, berpasangan atau berkumpulan. Rujukan tambahan sangat digalakkan untuk disimpan di dalam protforlio pelajar. Segala aktiviti yang dikehendaki untuk dihasilkan dalam bentuk bercetak perlu disimpan di dalam portfolio pelajar. Bahan-bahan / media selain bercetak perlu diserahkan kepada pensyarah. Bahan dalam bentuk digital perlu disimpan di dalam CD dan diletak di dalam portfolio dan perlu diserahkan kepada pensyarah. Semua bahan-bahan dan portfolio perlu diserahkan selewat-lewatnya 3 (tiga) minggu sebelum minggu ulangkaji atau apabila dikehendaki oleh pensyarah yang berkenaan. Semasa pembelajaran menggunakan pakej ini khususnya, pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaan berasaskan individu, berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti kolaboratif sangat diharapkan dalam penggunaan pakej ini - galakkan perbincangan dan kerjasama antara anda. Pelajar juga digalakkan berbincang dengan fasilitator.   Pendekatan pelaksanaan yang digunakan dalam pakej ini ialah secara "blended learning"; iaitu satu pendekatan yang cuba mengabungkan pelbagai kaedah, media, bahan sumber, tugasan-tugasan, pembelajaran kendiri (mengikut keupayaan diri sendiri) dan bertindak secara kolaboratif. Semua proses tersebut boleh berlaku di dalam bilik darjah (makmal komputer) atau sebaliknya dan boleh berlaku dengan kehadiran pensyarah (fasilitator) atau pun tidak.  Apa yang penting anda melakukan “tindakan”.  Tindakan pertama anda sebelum hadir ke kuliah atau sebelum berbincang dengan rakan atau pensyarah buat pembacaan atau mencari maklumat yang berkaitan, dan yang kedua lakukan tindakan seterusnya apa yang telah dirancangkan.   Pendekatan Carman (2002) dalam mereka bentuk "blended learning" memberi fokus kepada lima (5) ramuan berikut: Disamping itu semasa proses menyelesaian sesuatu persoalan, pelajar perlu meneroka dari pelbagai sumber sama ada dalam CD ini, di internet atau di pusat sumber. Proses penerokaan dan penemuan diharapkan pelajar akan dapat membina ilmu pengetahuan apabila bertindak seperti dalam kerangka di bawah. Dalam kes ini pelajar kenalah aktif, terutama mindanya;
Pembelajaran Kendiri
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Home Sumber Pautan Internet
                                                        KAD : 2014 @ IPGKTI                                                    
Pelaksanaan Kursus
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad Jun 2015 @ IPGKTI  
Learning = Action + Reflection Tindakah Anda
Suasana pembelajaran kini (abad ked-21), banyak bergantung kepada maklumat dari internet dan bijak dalam proses hubungan melalui media sosial, berkolaboratif, membuat pilihan dan keputusan, dari itu rajah (Model Pembelajaran berasaskan Web) di bawah diharap dapat membantu tindakan anda dalam proses pembelajaran;
EDU 3053
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad update Jun 2015 @ IPGKTI