Pendahuluan Teknologi Pendidikan Teknologi Maklumat Tugasan Sumber Latihan
Secara berpasangan pelajar dikehendaki membuat satu persembahan dan perbincangan ringkas dalam masa antara 15 hingga 20 minit setiap minggu perjumpaan. Setiap persembahan mestilah menggunakan persembahan elektronik (contoh MS Power Point). Persembahan ini seharusnya menjadi satu ruang perbincangan antara anda dan juga merupakan input kepada rakan-rakan. Setiap minggu satu pasangan (atau mungkin dua) akan membuat persembahan mengikut urutan tajuk-tajuk berikut: 1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “teknologi pendidikan”. Nyatakan unsur-unsur / elemen- elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiapa warga guru. 2. Jelaskan apa yang dimaksudkan "rekabentuk pengajaran" (instructional design). Pilih salah satu rekabentuk pengajaran, dan terangkan ciri-cirinya, kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan membina sesuatu proses atau produk pengajaran dan pembelajaran. 3. Jelaskan apa yang dimaksudkan "media pengajaran" (instructional media). Nyatakan jenis-jenis media pengajaran yang biasa terdapat di sekolah. Huraikan bagaimana media pengajaran dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 4. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan "instructional planning" (rancangan "pengajaran"). Berdasarkan sesuatu subtajuk (tajuk kecil sesuatu matapelajaran) dan berasaskan sesuatu media pengajaran yang tertentu bina satu "instructional planning" (jelaskan bagaimana peringkat-peringkat "instructional" dirancang, direka, dibina, dilaksanakan dan dinilai). 5. Jelaskan prinsip-prinsip asas grafik. Nyatakan apa jenis-jenis grafik (ciri-ciri grafik) yang dapat memberi maksud yang hendak disampaikan dengan lebih baik. Huraikan bagaimana sesuatu grafik itu memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Nyatakan jenis-jenis bahan 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) yang biasa digunakan atau yang terdapat di sekolah.  Huraikan bagaimana bahan-bahan terbut berupaya dan boleh meningkat proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Jelaskan fungsi-fungsi utama yang terdapat pada sesuatu kamera. Nyatakan apakah teknik-teknik yang biasa digunakan untuk mengambil gambar (foto). Huraikan bagaimana gambar foto dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8. Terangkan jenis dan ciri-ciri yang ada pada sebuah kamera video. Cuba jelaskan bagaimana teknik mengambil atau merakam video yang baik. Huraikan juga kebaikan video dan bagaimana ia dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 9. Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk multimedia interaktif yang baik. Huraikan apakah elemen- elemen penting yang perlu ada dalam proses membina produk tersebut. 10. Jelaskan apakah yang dimaksudkan integrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Huraikan bagaimana ICT dapat diintegrasi dalam proses P&P dan sertakan dengan contoh rancangan pengajaran. 11. Jelaskan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan teknologi web2.0 .  Huraikan bagaimana teknologi web2.0 dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. 12. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS – Learning Management System).  Terangkan apakah ciri-ciri utama yang terdapat dalam LMS.  Huraikan bagaimana LMS boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Kendiri
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Home Sumber Pautan Internet
                                                        KAD : 2014 @ IPGKTI                                                    
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad Mei 2014 @ IPGKTI  
Tugasan Persembahan Mingguan
EDU 3053
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad update Jun 2015 @ IPGKTI