Pendahuluan Teknologi Pendidikan Teknologi Maklumat Tugasan Sumber Latihan
Tugasan ini merupakan projek akhir anda (40%). Tugasan ini dilakukan secara individu. Soalan: Berdasarkan satu sub-topik atau topik matapelajaran opsyen anda, anda dikehendaki menghasilkan satu bahan atau pakej epembelajaran multimedia interaktif (bahan yang dihasilkan mungkin boleh digunakan dalam bilik darjah atau secara kendiri dalam jangka masa yang sesuai bagi topik tersebut: perisian yang dicadangkan untuk menghasilkan epembelajaran; eXe, LCDS, CourceLab atau Xerte) dengan mengabung jalin pelbagai kemahiran teknologi yang telah anda pelajari. Disamping itu anda perlu menghasilkan/membina perkara-perkara berikut; Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran (Instructional Planning) dengan mengambil kira aspek-aspek rekabentuk pengajaran (instructional design). Semasa anda merancang satu prsoses P&P dan bahan/media, pastikan bagaimana bahan/media tersebut diintegrasikan dalam proses P&P. Untuk itu wajar jika anda fikirkan aspek-aspek berikut 1. Pilih model Rekabentuk pengajaran yang bersesuaian 2. Buat perancangan mengikut model yang dipilih 3. Bina papan cerita (story board - plan kisah) - sebelum bahan multimedia dihasilkan 4. Tentukan (ambil kira) aspek rekabentuk produk atau reka letak untuk menghasilkan bahan multimedia 5. Tentukan rekabentuk proses P&P - dengan mengambil kira aspek pedagogi. 6. Buat semakan semula (review), rancangan pengajaran anda dan juga buat penilaian. Di dalam produk multimedia (elektronik), perlu dimuatkan grafik, foto pegun, video klip, audio dan animasi yang bersesuaian. Anda pelu membuat persembahan produk yang telah dihasilkan di dalam kelas. [Bagi memudahkan pemilihan topik atau sub-topik, ketua opsyen boleh memilih sesuatu matapelajaran bagi sesuatu tahun dan membahagikan topik atau sub-topik kepada ahli kelas.] Peringatan: Perkara yang perlu dihasilkan: 1. Pakej pembelajaran multimedia (epembelajaran) 2. Rancangan Pengajaran (instructional planning) 3. Papan cerita (plan kisah) 4. Dokumen penilaian produk anda. Tugasan perlu dihantar pada akhir semester, iaitu empat minggu sebelum peperiksaan semester.  Tarikh yang tepat akan diberitahu oleh pensyarah anda.
Pembelajaran Kendiri
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Home Sumber Pautan Internet
                                                        KAD : 2014 @ IPGKTI                                                    
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad Mei 2014 @ IPGKTI  
Tugasan Semester
EDU 3053
Assalamualaikum
Web Master dan Instructional Designer Kamaludin Ahmad update Jun 2015 @ IPGKTI