KA © IPGKTI 2017
Maklumat yang kita peroleh tidak akan memberi faedah jika maklumat tersebut tidak kita fahami.  Kefahaman kita terhadap sesuatu perkara adalah unik.  Untuk memahami sesuatu maklumat kita perlu olah (proses) maklumat itu terlebih dahulu, iaitu kita mungkin perlu menganalisisnya; dapat mentafsir apa yang tersurat dan tersirat; boleh menilai pula apa yang perlu, tidak perlu dan yang sesuai; akhirnya kita berupaya pula untuk melakukan sintesis dari pelbagai maklumat dan olahan awal kita dan seterusnya berupaya menghasilkan sesuatu yang baru. Aktiviti 1 : Dalam aktiviti ini secara kumpulan anda dikehendaki mengguna aplikasi google drive  (perlu ada akses internet), untuk melakukan aktiviti kolaboratif dalam kumpulan anda (pastikan anda memunpayi emai gmail.com).  Ketua akan membina satu folder dengan piawaian berikut KURSUS-NAMAUNIT-KUMPULAN-TAHUN (contoh : GKB-RBT1-K3-2014).  Folder tersebut hendaklah dikongsi (sharing) bersama dengan ahli kumpulan dan juga dengan pensyarah anda.  Kemudian dalam folder tersebut bina satu folder iaitu Minggu10.  Semua dokumen/maklumat berkaitan dengan tugasan yang diperolehi hendaklah diletakkan dalam folder kumpulan (folder Minggu10). Kerja tugas kumpulan (dokumen) yang dihasilkan secara kolaboratif juga perlu diletak dalam folder tersebut. Tugasan kumpulan anda seperti berikut:  Setiap kumpulan akan merumus perkara-perkara iaitu; maksud atau pengertian; apakah ciri-ciri perkara tersebut atau isi-isi penting; proses, bagaimana sesuatu itu dilaksanakan; berikan contoh bagi perkara tersebut.  Hasilkan tugasan dengan menggunakan ketiga-tiga dari alat pengurusan grafik, peta pemikiran dan peta minda. Kumpulan 1 :  Berkaitan dengan Menganalisis Kumpulan 2 :  Berkaitan dengan Mentafsir Kumpulan 3 :  Berkaitan dengan Menilai Kumpulan 4 :  Berkaitan dengan Mensintesis Aktiviti 2 : Setiap kumpulan akan membentang (mempersembahkan) hasil kerja mereka di dalam kelas, bagi sesi perbincangan dan kritikan.  Rujuk teknik persembahan yang boleh membantu persembahan anda dengan baik.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M10 : Memproses Maklumat

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
“Learning about the way people process information and their emotions is hugely helpful to my work.”-- Ellen Pompeo