KA © IPGKTI 2017
Terdapat banyak Office Suite atau pakej aplikasi office di pasaran, dan yang biasa digunakan oleh ialah Microsoft Office, dan yang percuma ialah OpenOffice dan LibreOffice.  Secara umum pakej office mengandungi pemproses perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan pangkalan data.  Dalam Microsoft Office perisian itu dikenali sebagai word, excel, power point dan access.  Dalam dunia pendidikan pakej ini sangat membantu warga pendidik dan juga pelajar, menghasilkan pelbagai dokumen untuk urusan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti 1 : Install “Microsoft Learning Essentials” bagi pakej teacher (anda akan dapat  bersama pakej student  - jika pakej student, dapat student sahaja).  Kemudian terokai apakah faedahnya perisian tersebut kepada anda.  Bersama rakan dengan menggunakan peta minda jelaskan fungsi dan kepentingan perisian tersebut kepada guru dan pelajar. Aktivii 2 : Andaikan anda sebagai seorang guru kelas,  bersama rakan bincangakan untuk membina keputusan peperiksaan akhir semester kelas anda dengan menggunakan MS Excel.  Maklumat yang perlu, nama, mata pelajaran dan gred, jumlah markah, peratus, kedudukan dalam kelas. Kemudian bina analisis keputusan peperiksaan kelas tersebut, misalnya; iaitu bilangan dapat A setiap subjek dan seterusnya; bilangan gagal dan lulus; dan analisis dalam bentuk carta.  Seterusnya sempurnakan keputusan dalam excel supaya kelihatan lebih menarik. Aktiviti 3 : Aktiviti ini adalah persediaan untuk aktiviti minggu berikutnya (boleh dilakukan diluar waktu kelas).  Berbincangan dengan rakan dan buat perancnagan satu pangkalan data mudah untuk satu kelas.  Misalnya, data maklumat peribadi, maklumat ibu-bapa,  maklumat peperiksaan dan juga mungkin maklumat gerak kerja kokurikulum.  Semua maklumat/data ini perlu ada dalam bentuk digital supay mudah semasa membina pangkalan data.  Baca maklumat ringkas tentang pangkalan data sebagai rujukan anda. Dokumen dalam bentuk digital perlu dihantar kepada pensyarah.  Yang bercetak simpan dalam fail folio anda.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M11 : Perisian Office

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
Microsoft is not about greed. It's about innovation and fairness. --  Bill Gates
[sumber imej : http://cdn-static.zdnet.com/i/story/60/01/005425/officemap.jpg]