KA © IPGKTI 2017
MS Access adalah perisian khusus untuk membina pangkalan data.  Pengkalan data secara amnya terdiri dari beberapa jadual yang megandungi maklumat di dalamnya.  Baris dalam jadual biasanya dikenali sebagai rekod (maklumat sesuatu perkara) dan lajur pula biasanya ialah data perihal rekod (medan -- misalnya nama, ic, umur jantina dan sebagai). Aktiviti 1 : (Dalam aktiviti ini elok dapat bantuan dari pensyarah):  Berdasarkan perancangan anda dari aktiviti minggu lepas bina Pangkalan data sebagai nama Maklumat Pelajar dengan menggunakan MS Access.  Kemudian bina Jadual  (Table) yang diperlu seperti yang dirancangkan, pastikan medan dan  jenis data ada bersesuaian dan betul.   Isikan beberapa maklumat rekod dalam jadual. Aktiviti 2 : Jika semua jadual telah ada beberapa rekod, bina Borang (Form) berdasarkan dari setiap jadual yang telah dibina.  Kemudian dengan menggunakan borang, cuba masukan maklumat rekod tambahan. Aktiviti 3 : Seterusnya bina carian (Query) maklumat yang dikehendaki berdasarkan dari satu atau lebih jadual yang telah dibina.  Misalnya, maklumat pendapatan bapa yang kurang dari RM1500.00;  maklumat pelajar yang belum bayar yuran; maklumat adik beradik yang lebih dari empat orang; dan sebagainya. Aktiviti 4 : Akhir sekali bina laporan (Report).  Laporan boleh dibina berdasarkan dari jadual atau query.  Bina satu laporan berkaitan maklumat nama pelajar,  nama bapa pekerjaan bapa, dan pendapatan bapa yang kurang dari RM1500.00. Jika anda dapat melaksanakan aktiviti 1 hingga aktiviti 4, anda telah pun membina satu pangkalan data mudah – syabab! Berikut video yang mungkin dapat mengenalkan anda dengan perisian/program utiliti. Jika anda menghadapi masalah dengan program utiliti, harap dapat berbincang denan pensyarah anda.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M12 : MS Access dan Perisian Utiliti

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
"Web pages are designed for people. For the Semantic Web, we need to look at existing databases." -- Tim Berners-Lee