KA © IPGKTI 2017
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS – Learning Management System) merupakan satu sistem/perisian/pakej yang membantu pengurusan pembelajaran terutama secara dalam talian (online).   Dalam sistem ini wujud pelbagai kemudahan yang boleh membantu guru-guru untuk membina pelbagai aktiviti pembelajaran, menyediakan sumber pembelajaran, dan seterusnya memantau proses pembelajaran pelajar.   Secara amnya sistem ini boleh menjadi sokongan kepada sistem pembelajaran bersemuka dan secara khusus merupakan keperluan dalam sistem pembelajaran jarak jauh.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M13 : Sistem Pengurusan Pembelajaran

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
Aktiviti 1 : Login (masuk) ke laman LMS yang disediakan oleh pensyarah  anda.  Terokai maklumat yang terdapat  dalam Topik 1(baca tajuk Pengenalan OLL-LMS, Pembangunan OLL dan Pengurusan Kursus; yang lain jika ada kelapangan elok juga anda terokai)  dan Topik 2 (topik ini jika anda ingin mendalami alat-alat yang terdapat dalam Moodle).  Berbincang dengan rakan, dan dengan menggunakan peta minda jelaskan apakah ciri-ciri yang ada dalam LMS Moodle.
Aktiviti 2 : Lakukan aktiviti forum yang disediakan . Semua pelajar dikehendaki memberi maklum balas terhadap tajuk yang disediakan.   Anda juga boleh memberi maklum balas terhadap pandangan rakan anda.  Aktiviti 3 : Ini bukan ujian ia hanya kuiz sahaja.  Lakukan kuiz berikut, kuiz ini boleh dilakukan sekali sahaja dan boleh dilaksanakan bermula seperti mana yang terdapat dalam LMS.  Semua mesti melaksanakan kuiz ini. Semua aktiviti di dalam LMS diambil kira sebagai  kerdit (markah) penglibatan anda.
“And just because you have colleges and universities doesn't mean you have education.” ― Malcolm X
Untuk Pensyarah
Kepada rakan-rakan pensyarah, anda boleh restore (fail ada dalam folder utiliti) fail backup ini yang mengadungi pengenalan kepada LMS Moodle, latihan untuk forum dan juga kuiz -- harap membantu anda.