KA © IPGKTI 2017
Kemahiran interpersonal satu kemahiran yang perlu diasuh dan dikembangkan dalam persekitaran sosial.  Kemahiran intrapersonal pula perlu juga diasuh dan diamalkan dalam persekitaran bersifat reflektif.   Kemahiran-kemahiran ini sangat peting untuk melahirkan  insan yang seimbang dan berterampilan.  Indivindu yang dapat memahami orang lain dan juga diri sendiri akan lebih peka untuk menghasilkan tindakbalas yang membina. Aktiviti 1 : Secara kumpulan laksanakan tugasan berikut: Kumpulan 1 : Cari maklumt berkaitan dengan kemahiran interpersonal.  Apakah ciri- ciri yang perlu ada dalam kemahiran interpersonan.  Apakah kepentingan ciri-ciri tersebut pada diri seseorang dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan.   Permudahkan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan alat-alat peta pemikiran. Kumpulan 2 : Cari maklumat berkaitan dengan kemahiran intrapersonal.  Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada dalam kemahiran tersebut.  Apakah kepentingan ciri-ciri tersebut pada diri seseorang dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan.  Permudahkan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan beberapa alat pengurusan grafik. Kumpulan 3 : Dalam dunia digital dan teknologi internet, makluamt sentiasa mudah untuk dicapai dan dikongsikan.  Berkaitan dengan itu  timbul pelbagai isu yang menganggu kepentingan awam, seperti plagiarisme, hakcipta, keselamatan data/maklumat, ancaman virus  dan lain-lain ganguan dalam dunia siber.   Persembahkan isu-isu ini dan kesannya kepada warga awam umumnya dan pendidik khasnya dengan menggunakan peta minda. Kumpulan 4 :  Sebarai warga atau ahli komuniti pembelajaran/pendidikan (IPG), bagaimana anda boleh berperanan untuk mengembangkan kerjaya pembelajaran anda dan komuniti secara amnya.  Adakah wujud masalah gender/jantina dalam komunit pembelajaran tersebut dan juga pencapaian akademik  berdasarkan jantina.  Bagaimana anda berperanan dalam mengatasi masalah (jika wujud) tersebut dan merapakan jurang perbezaan pencapaian akademik.  Hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan alat-alat dari CoRT I dan atau CoRT IV. Aktiviti 2 : Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka di dalam kelas, untuk sesi perbincangan dan kritikan. Dokumen dalam bentuk digital perlu dihantar kepada pensyarah.  Yang bercetak simpan dalam fail folio anda.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M15 : Penyesuaian Sosial

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
“Only the lonely, who can teach us, to not ambiguous.” ― Emha Ainun Nadjib