KA © IPGKTI 2017
Berfikir merupakan satu kemahiran yang dibina melalui tindak balas minda terhadap pengalaman kita secara langsung atau pun tidak.  Kemahiran berfikir perlu dipupuk dan dilatih supaya kita dapat belajar dengan lebih berkesan terutama dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan.  Dalam dunia serba mencabar, cabaran utama anda ialah bagaimana anda dapat buat “keputusan” dengan cukup baik.   Untuk membuat keputusan anda memerlukan maklumat, mengolah dan menganlisisnya supaya keputusan yang anda buat sangat memberi faedah kepada diri dan persekitaran. Aktiviti 1 : Dalam aktiviti M3 (Aktiviti 1, 2  dan 3) sebelum ini,  cuba anda fikiran apakah halangan yang anda hadapi untuk membuat catatan/nota bagi perkara “Membuat Nota”, dan jelaskan bagaimana anda mengatasi halangan tersebut.  Ada atau tidak alat yang anda guna untuk memudahkan kerja anda dalam aktiviti M3. Aktiviti 2 : Perhatikan semua dokumen pengurusan grafik (biasa digunakan sebagai alat KBKK)  dan dokumen peta pemikiran (biasa digunakan sebagai alat iThink)  yang diberi.  Bersama rakan bincangkan dokumen-dokumen tersebut yang mana anda rasa bersesuaian untuk digunakan sebagai alat untuk membantu menghasilkan nota yang lebih berkesan.  Buat catatan/ulasan ringkas kenapa dokumen-dokumen tersebut sesuai pada pandangan anda. o Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran o Kemahiran Berfikir o Membudayakan Kemahiran Berfiki o Peta Pemikiran - iThink o Konsep Peta Minda Aktiviti 4 : Dengan menggunakan konsep peta minda,  berdasarkan maklumat dari Aktiviti 3, bina satu peta minda bagi mengambarkan maklumat berkaitan dengan kepentingan, keperluan dan kesesuaian dokumen tersebut kepada diri anda sebagai seorang pelajar.  Lengkapkan peta minda dengan menggunakan perisian peta minda (contoh : freemind, MindMaple Lite, XMind) yang selesa bagi anda. Dokumen digital peta minda (dalam format .pdf atau grafik) anda hendaklah dihantar kepada pensyarah.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M4 : Alat-alat Berfikir

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
[sumber imej : http://www.ithink.org.my/Content/images/car toon2.png]
“Curiosity about life in all of its aspects, I think, is still the secret of great creative people” – Leo Burnett