KA © IPGKTI 2017
Kemahiran maklumat  penting dalam dunia pendidikan, maklumat kini bukan sesuatu yang sukar untuk diperolehi.  Kini maklumat dapat diakses di mana-mana kedudukan asal saja kita boleh akses ke internet.  Walau bagaimana pun cara dan proses mencari maklumat (literasi maklumat) akan menentukan kejayaan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan bersesuaian. Aktiviti 1 : Dengan menggunakan pelbagai  punca sumber, dapatkan maklumat dan laksanakan tugasan secara kumpulan (agihkan tugas-tugas khusus bagi setiap ahli) seperti berikut: Kumpulan 1 :  Apakah yang dimaksudkan sebagai literasi maklumat, ciri-ciri dan keperluannya sebagai seorang pelajar?  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat peta pemikiran yang bersesuaian. Kumpulan 2 : Kelasifikasikan pengertian Pusat Sumber.  Nyatakan  jenis-jenis Pusat Sumber dan fungsinya secara umum. Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alatpeta pemikiran yang bersesuaian. Kumpulan 3 : Apakah yang dimaksudkan sebagai perpustakaan?  Jelaskan kegunaan dan kepentingan OPAC, eBook dan eJournal kepada pelajar .  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat pengurusan grafik yang bersesuaian. Kumpulan 4 :  Jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai enjin gelintar (search engine).   Jelaskan bagaimana enjin gelintar berfungsi.   Dengan contoh bagai mana penggunaan enjin gelintar dapat digunakan dengan lebih berkesan.  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat pengurusan grafik yang bersesuaian. Aktiviti 2 : Semasa melaksanakan aktiviti di atas, berbincang dalam kumpulan jelaskan secara terperinci bagaimana proses bekerja anda dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.  Seterusnya nyatakan apakah kekuatan dan kelemahan (masalah) semasa anda berkerja secara berkumpulan, dan bagaimana pula anda mengatasi kekangan yang timbul.  Dokumenkan secara ringkas dengan menggunakan pemproses perkataan atau persembahan elektronik. Dokumen dalam bentuk digital perlu dihantar kepada pensyarah.  Yang bercetak simpan dalam fail folio anda.  Sebahagian dari hasil kerja diminta untuk dipersembahkan.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M8 : Pencarian Maklumat

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
“Information is not knowledge.” ― Albert Einstein
[sumber imej : http://compositionprogram.appstate.edu/s ites/compositionprogram.appstate.edu/fil es/info.jpeg]