KA © IPGKTI 2017
Maklumat di hujung jari!  Walau pun maklumat mudah dicari dan diperolehi, untuk mengurusnya merupakan satu masalah bagi sesetengah orang.   Kini dengan teknologi banyak masalah dengan maklumat dapat ditangani, dari segi carian, pengurusan dan simpanan.   Berkaitan dengan simpanan, kita tidak perlu membawa dokumen dalam storan mudah alih, kerana kini kebanyakkan dokumen peribadi disimpan di “cloud”.  Dan yang penting kebanyakkan dokumen atau maklumat  dapat dikongsi dengan rakan kolaboratif. Aktiviti 1 :  Laksanakan tugasan berikut secara kumpulan, pastikan semua ahli kumpulan menyumbang kepada penghasilan tugaan: Kumpulan 1 :  Dapatkan jenis-jenis sumber maklumat  (contoh, sumber maklumat primer) dan apakah ciri-ciri bagi setiap sumber tersebut dan sertakan denan contoh-contoh yang bersesuaian.  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat pengurusan grafik  yang bersesuaian. Kumpulan 2 :  Jelaskan apakah yang dimaksudkan pengurusan maklumat (information management), dan bagaimana konsep pengurusan maklumat ini sangat membantu proses pembelajaran.  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat pengurusan grafik  yang bersesuaian. Kumpulan 3 :  Dalam pengurusan maklumat, jelaskan bagaimana sesuatu maklumat itu diurus penyimpanannya.  Nyatakan apakah sistem atau kaedah penyimpan maklumat kini yang digunakan.  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat peta pemikiran  yang bersesuaian. Kumpulan 4 : Dengan menggunakan salah satu aplikasi pegurusan maklumat (misalnya cloud, aplikasi google dan sebagainya). Jelaskan apakah kelebihan dan kekuatan dalam konteks perkongsian dan kolaboratif maklumat.  Tunjukkan cara-cara bagaiaman aplikasi tersebut boleh digunakan.  Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan beberapa alat peta pemikiran  yang bersesuaian. Aktiviti 2 : Setiapa kumpulan dikehendaki menyediakan ringkasan berkaitan dengan, proses kerja, masalah dan penyelesaian semasa menyiapkan tugasan di atas.  Bentangkan hasil rumusan atau ringkasan kumpulan anda. Dokumen dalam bentuk digital perlu dihantar kepada pensyarah.  Yang bercetak simpan dalam fail folio anda.
Kemahiran Belajar
GKB1053 M9 : Pengurusan Maklumat

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
[sumber imej : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/2/27/Information _Management_Framework.png]
“Knowledge management is something many companies are sure they need, if only they knew what it was.”–Mary Lisbeth D’Amico