KA © IPGKTI 2017
Secara tersuratnya kursus ini akan dilaksanakan melalui sesi kuliah (input maklumat) dan tutorial (perbincangan).  Walau bagaimanapun kursus ini secara umumnya akan menggunakan pakej  pembelajaran CD ini sebagai asas untuk menguasi aspek pengetahuan dan kemahiran “kemahiran belajar”.  Pakej ini lebih menekankan kepada “pembelajaran kendiri” dan bimbingan oleh pensyarah (sebagai falitator) – iaitu pelajar akan cuba belajar (bertindak) melalui arahan yang terdapat dalam pakej ini, melaksanakan tugasan atau arahan kerja. Oleh itu sikap atau kesediaan diri untuk berubah kepada berupaya belajar bersama rakan-rakan, membantu dan berkerjasama dengan rakan, boleh berkolaboratif berkongsi apa juga bahan dan maklumat yang ada, sedia untuk dikritik dan mengkritik, dapat berbincang dengan minda terbuka, dan berkomunikasi dengan baik. adalah sangat diharapkan.  Kesedian ini penting supaya anda akan lebih berketerampilan dan berkebolehan untuk mengurus diri, masa dan persekitaran pembelajaran anda. Oleh itu semasa pembelajaran menggunakan pakej ini khususnya, pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaan berasaskan individu, berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti kolaboratif sangat diharapkan dalam penggunaan pakej ini - galakkan perbincangan dan kerjasama antara anda.  Pelajar juga digalakkan berbincang dengan fasilitator. Pendekatan pelaksanaan yang digunakan dalam pakej ini ialah secara "blended learning"; iaitu satu pendekatan yang cuba mengabungkan pelbagai kaedah, media, bahan sumber, tugasan- tugasan, pembelajaran kendiri (mengikut keupayaan diri sendiri) dan bertindak secara kolaboratif. Semua proses tersebut boleh berlaku di dalam bilik darjah (atau makmal komputer) atau sebaliknya dan boleh berlaku dengan kehadiran pensyarah (fasilitator) atau pun tidak. Pendekatan Carman (2002) dalam mereka bentuk "blended learning" memberi fokus kepada lima (5) ramuan berikut: Disamping itu semasa proses menyelesaian sesuatu persoalan, pelajar terpaksa meneroka dari pelbagai sumber sama ada dalam DVD ini, di internet atau di pusat sumber. Proses penerokaan dan penemuan diharapkan pelajar akan memperolehi dan membina ilmu pengetahuan apabila bertindak seperti dalam kerangka di bawah. Dalam kes ini pelajar perlulah aktif; Diharapkan diakhir kursus ini pelajar-pelajar dapat menguasai “kemahiran belajar” supaya ia menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Kemahiran Belajar
GKB1053 Pelaksanaan Kursus

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber buat!