KA © IPGKTI 2017
Kemahiran belajar adalah kemampuan anda untuk belajar (tahu belajar cara belajar), iaitu keupayaan anda untuk menguasai dan memahami sesuatu yang anda dengar, lihat, baca dan yang anda lakukan.  Semua perbuatan anda tadi tidak semestinya member kefahaman pada diri anda.    Untuk menjadi sesuatu perkara itu anda fahami, ia hendaklah sesuatu yang member makna pada diri anda.   Makna itu wujud dalam diri anda (minda anda) jika sesuatu itu sangat berkaitan, rapat/jelas (significant), berada dalam konteks kehidupan anda, menyentuh emosi dan seterusnya meransang pemikiran anda. Dari itu menguasai kemahiran belajar merupakan syarat penting bagi seorang pelajar, terutama pelajar di institut pendidikan tinggi.  Walau bagaimana pun setiap orang pula mempunyai sahsiah dan sikap tersendiri, iaitu mereka dapat belajar sesuatu perkara dengan baik dan berkesan bergantung kepada  “gaya” pembelajaran.   Memahami gaya pembelajaran diri sendiri juga penting supaya kita dapat belajar dengan lebih mudah. Secara umum kemahiran belajar meliputi aspek-aspek kebolehan membaca, menulis, membuat catatan, mencari maklumat (sumber) dan mengurus maklumat, mengolah dan mentafsir, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.  Semua kemahiran ini tidak dapat dikuasai dengan hanya membaca atau mendengar, ia perlu di praktiskan kerana ia merupakan kemahiran.  Setiap kemahiran perlu melalui amali dan latihan dan akhirnya anda akan membina keyakinan pada diri anda.  KEYAKINAN itu penting!
Kemahiran Belajar
GKB1053 Pengenalan

Assalammualaikum

Web Master & Instructional Designer Kamaludin Ahmad  Jun 2017 @ JTP.IPGKTI.Johor
Study Skills The Foundation For Lifelong Learning
Home Sumber Pautan Internet Pendahuluan Kemahiran Belajar Pengurusan Pembelajaran Aplikasi Komputer Sikap  Sahsiah Tugasan Sumber
[sumber : http://www.mindwerx.com/files/imagecache/node-view/STUDY%20SKILLS%20V2.png]
[sumber : http://barbararoland.com/skillbuilders/confidence.gif]